Polis Diraja Malaysia berpandangan kaedah Red Notice dikeluarkan oleh Interpol bagi mengesan Jho Low dan sekutunya, adalah lebih baik, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.<br /><br />Dalam jawapan bertulis yang diterbitkan di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Larut itu berkata, kaedah itu menggunakan elemen kerjasama dan maklumat perisikan yang lebih tepat, melibatkan 195 negara anggota.